Wednesday 18 September 2013

#PRU13: Analisis Prestasi Parti PAS

Artikel ini saya salin dari blog  berikut :-



Prestasi Parti PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13  menurun dari segi kerusi Parlimen yang dimenangi, iaitu hanya 21 kerusi sahaja, berbanding 23 kerusi pada PRU ke 12. 

Dalam Pilihanraya DUN pula Parti PAS telah memenangi 85 kerusi bertambah 2 berbanding 83 kerusi dalam PRU Ke-12. Butiran kedudukan kerusi bagi parti PAS dalam PRU Ke-13 dan PRU ke-12 adalah seperti berikut:

Jadual 1: Kedudukan Kerusi DUN Parti PAS
Negeri
PRU  2008
         PRU 2013
Perlis
                 1
                  1
Kedah
                16
                  9
Kelantan
                37
                 32
Terengganu
                 8
                 14
P. Pinang
                 1
                   1
Perak
                 6
                   5
Pahang
                 2
                   3
Selangor
                 8
                 15
N. Sembilan
                 1
                   0
Melaka
                 0
                   1
Johor
                  2
                   4
Jumlah
                82
                 85
Jadual 1  di atas menunjukkan perbezaan ketara dibeberapa buah negeri. Di Kedah, misalnya, jumlah kerusi menurun daripada 16 kerusi dalam PRU 12 kepada hanya 9 kerusi pada PRU 13, sekaligus menjatuhkan kerajaan PAS di negeri ini. Di Kelantan, kubu kuat PAS,  Majoriti PAS jatuh dengan jumlah kerusi  jatuh daripada 37 dalam PRU 12 kepada 32 pada PRU 13. Bagaimanapun, Parti PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi di Selangor dan dari 2 kepada 4 di Johor.

Dengan keputusan yang tidak begitu memberangsangkan, satu analisis terperinci perlu dibuat bagi mengenalpasti faktor di sebalik kekuatan atau kelemahan PAS yang sebenarnya, iaitu mengapa pada zahirnya bertambah kekuatan di Selangor, Johor, Pahang dan Melaka dan menurun pula di Kedah, Kelantan, dan Negeri Sembilan.

Oleh itu, saya terpanggil membuat analisis tentang sokongan  kaum Melayu/Islam dan juga kaum kaum bukan Islam untuk PAS dalam PRU Ke-13 berbanding dengan PRU 12. Ini kerana Parti PAS yang memperjuangkan Agama Islam wujud didalam masyarakat Melayu/Islam. 

Adakah sokongan masyarakat Islam untuk PAS bertambah atau menurun. Jika ianya bertambah, apakah implikasinya? Jika ia menurun, apakah sebabnya. Adakah ianya kerana Parti UMNO  lebih menarik dan lebih meyakinkan umat Islam di Malaysia. Adakah penurunan itu disebabkan oleh kesilapan PAS sendiri dalam menentukan strategi perjuangannya?

Pada keseluruhannya,  purata  undi Melayu dalam kawasan- kawasan yang ditandingi PAS di Semenanjung menurun daripada 48.34% pada PRU 12 kepada 45.46% pada PRU 13. 

Penurunan berlaku di semua negeri kecuali Terengganu dan Perak. Penurunan terburuk berlaku di Kedah dengan kadar 8.2% disusuli Selangor dengan penurunan 4.9%, sementara kadar kenaikan tertinggi berlaku di Terengganu sebanyak 1.8% sahaja.

Purata undi Cina untuk PAS pula naik daripada 59.3%  pada PRU 12  kepada  73.4% pada PRU 13, dengan Selangor mencatatkan kenaikan yang menakjubkan  daripada 42.9% pada PRU 12 kepada 70.3% pada PRU 13. 

Sudah pasti pertambahan kerusi PAS di Selangor di sebabkan oleh sokongan padu daripada undi kaum Cina dan juga kaum India. Bagaimanapun, purata undi dari kaum India di semua negeri untuk PAS  menurun daripada 63.5% pada PRU 12 kepada 54.6% pada PRU 13. 

Rumusan yang boleh dibuat daripada data di atas ialah sementara undi dari kaum Melayu untuk PAS menurun 2.9% dalam kawasan dipertandingkan di Semenanjung, undi kaum Cina pula naik mendadak 14.1%  dalam PRU 13  ini.

Ini adalah satu data keputusan yang amat tidak menarik bagi Parti PAS. Ini kerana sebagai sebuah Parti Islam PAS sepatutnya berjaya meningkatkan sokong dari masyarakat Islam, tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya, ia hanya berjaya meningkatkan sokongan yang mendadak dari masyarakat bukan Islam.

Kita percaya keadaan ini berlaku kerana Parti PAS  gagal meyakinkan Masyarakat Melayu/Islam yang ianya mampu memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan Agama Islam dan bangsa Melayu.

Keadaan amat ketara apabila PAS hanya  mampu menang 21 kerusi Parlimen dan berada  dalam kedudukan amat lemah berbanding Parti DAP dan PKR.  Tambahan pula DAP telah muncul sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat. 

Dengan keadaan yang demikian, agak mustahil bagi PAS berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah  peluangnya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Di samping itu, Pas perlu mengkaji semula dan memperhalusi pendekatan perjuangannya dengan cara yang mudah diterima oleh msyarakat Islam dan juga bukan Islam di Malaysia. 

Dalam hal ini perlu diingatkan yang  Malaysia adalah sebuah negara majmuk hanya 60% beragama Islam dan sebarang pendekatan cara pemerintahan Islam yang ekstrem tidak akan diterima oleh masyarakat bukan Islam, malah majoriti masyarakat Islam juga tidak berasa selesa.

Kita lihat sahaja apa yang terjadi  hari ini pada politik negara-negara  yang hampir kesemua penduduk beragama Islam, seperti Mesir, Iran, Turkey, Pakistan dan Indonesia. Dalam perkara ini ada baiknya mengkaji semula  pendekatan parti PAS dizaman pimpinan yang lepas seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmy yang memimpin PAS dalam tahun lima puluhan.


Credit : DAH IKHWAN

~ TANJAK PUSAKA ~


No comments:

Post a Comment