Wednesday 18 September 2013

#PRU13: Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

Alhamdulillah  Pilihanraya Umum Ke13 telah selesai dan semua data telah diperolehi dan dimuatkan kedalam komputer yang membolehkan analisis secara terperinci. 

Dalam artikel ini kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini. 

Kita  belum lagi membuat analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.

Pengundian Mengikut Kaum

Bagi Semenanjung Malaysia, analisis  kita menunjukkan 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional,10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti  dalam Jadual berikut:

Undi dari kaum Cina,  malangnya untuk BN telah jatuh diluar jangkaan sama sekali,  keparas 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Ini mencerminkan betapa efficiennya jentera DAP dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.  

Kaum Cina begitu yakin yang  mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang  diterajui DAP. 

Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan  menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini  hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

DAP mampu merancang dan melaksanakan kempen dengan begitu teliti sekali, penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

DAP telah menggunakan Isu  Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti  dan perlaksanaan yang amat efficien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. 

Ini dibuat dengan begitu teratur  termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia (sila Klik).

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat  tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam Pilihanraya Umum Ke-12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%. Sebenarnya penentangan  ekstrem dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja. 

Di negeri-negeri lain, sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan  68.5% di Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama  Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.

Akhir sekali, dengan angka angka di atas, saya ingin menjelaskan yang kekurangan kerusi Parlimen BN  sebenar berbanding ramalan dalam blog ini disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina.

Begitu juga kekalahan BN di Selangor turut disebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Komposi Ahli Parlimen  mengikut Parti dan Kaum

Seramai 163 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu,  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua Ahli Parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.

Credit to : DAH IKHWAN

No comments:

Post a Comment