Wednesday 7 December 2016

1MDB : Dakwaan terbaru YB Rafizi Ramli

Nampaknya skandal 1MDB masih terus diperkatakan di luar negara. Terbaru, YB Rafizi Ramli dalam entri terbaru beliau di blognya, rafiziramli.com antara lain memuatnaik artikel yang antara lain mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaru dilaporkan akhbar antarabangsa, Financial Times (FT) bertajuk "“China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute”. 
Nampaknya Najib semakin hari semakin ketakutan dan kerisauan sudah mula terpapar di wajahnya. Segala dakwaan ini sekiranya tidak dinafikan segera, maka persepsi rakyat dan tahap keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib semakin buruk dan sukar dipulihkan.
Gali Lubang, Tutup Lubang Hutang 1MDB
Berikut merupakan dakwaan terbaru YB Rafizi dalam usaha mendedahkan skandal 1MDB melibatkan penyelewengan dan kehilangan dana awam terbesar dalam sejarah negara.
DATO’ SERI NAJIB PERLU SAHKAN LAPORAN FINANCIAL TIMES DAN URA-URA GLC BESAR DISENARAIKAN DI BURSA SINGAPURA
Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk “China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute” yang menyentuh perkara-perkara berikut:
1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China;
2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset (“asset swap”) yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato’ Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato’ Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).
Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato’ Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.
Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.
Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato’ Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.
(Rakaman perbahasan itu boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=7P3VYrJjtcg )
Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.
Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.
Soalan saya ialah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?
Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?
Saya mendesak Dato’ Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?
Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Tuesday 6 December 2016

UMNO Perlukan DAP?

Bukan lagi menjadi rahsia apabila DAP kini dijadikan 'musuh' utama UMNO, lagu yang seringkali didendangkan UMNO terutama semasa Perhimpunan Agung parti itu dan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Maka gegak gempita lah Dewan Merdeka, PWTC saban tahun apabila berlangsungnya perhimpunan ahli-ahli parti Melayu terbesar di negara ini dengan makian dan cacian terhadap seteru karib mereka, DAP.

Begitu juga di media arus perdana, kalau boleh "headline" setiap akhbar bercetak kawalan UMNO, haruslah memaparkan isu-isu mengaitkan DAP. Setiap hari, lagi bagus agar dapat menyemai rasa benci orang Melayu (luar bandar) kepada parti didakwa bersifat cauvinis itu.


MCA bagaimana? Adakah MCA tidak membantah Hudud sebagaimana diperjuangkan 'kekasih' baru UMNO, PAS yang juga sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama?

Malah, MCA dalam siri Mesyuarat Bahagian parti itu antara lain sebulat suara menolak cadangan PAS mengemukakan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di Parlimen?

Bukankah MCA juga sama sahaja dengan DAP? Jadi kenapa UMNO tidak menentang MCA secara terbuka? Adakah kerana MCA berada dalam Barisan Nasional (BN), dan atas dasar konsep 'perkongsian kuasa', MCA tidak perlu diserang?


Kalau benarlah DAP itu parti yang boleh menyebabkan rakyat khasnya orang Melayu merempat jika mereka berkuasa nanti, kenapa tak minta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengharamkan terus parti tersebut?

Ironinya, UMNO memerlukan DAP bagi memainkan isu dan sentimen perkauman setiap kali pilihan raya umum. Jika DAP tiada, UMNO 'mati kutu'. Tiada ada modal boleh digunakan untuk meraih undi orang Melayu khususnya mereka yang menetap di luar bandar.

Walhal UMNO tahu hakikatnya DAP tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian kerana memiliki kerusi yang tidak mencukupi sekaligus memerlukan bantuan parti pembangkang lain untuk membentuk Kerajaan.

Bahkan UMNO juga tahu ahli parlimen Islam dan Melayu jumlahnya lebih besar daripada ahli parlimen DAP serta yang berketurunan Cina di Dewan Rakyat.

Mana mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda sewenang-wenangnya. 

DAP juga tidak berani menyentuh tentang isu agama dan perkauman kerana mereka tahu akan natijahnya jika berbuat demikian.

Sebenarnya ini bukan soal perang antara kaum dan agama. Ini soal memilih parti yang terbaik untuk masa depan negara, soal menentang kebatilan dan kezaliman terhadap sistem pentadbiran negara yang diurus dengan dahsyat. 

Maruah negara kian tercemar dengan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. Jadi rakyat harus dibenarkan memilih bukannya ditakut-takutkan oleh segerombolan manusia yang rakus dengan kuasa yang ada di tangan.

Siapa Dia Rizal Mansor Ni??

Berkaitan ucapan Tun M yang didakwa sesetengah pihak kononnya menghina Nabi di Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini, kenyataan balas kenyataan balas dikeluarkan Pegawai Khas Rosmah Mansor, Rizal Mansor agak kelakar dan membodohkan dirinya sendiri.
Tun M dalam sidang media sejurus selesai program itu berkata pemimpin UMNO seolah-olah menyamakan PM dengan Nabi apabila menyifatkan Najib insan terpilih oleh Allah sedangkan Nabi tak ada pun RM2.6 bilion.
Itu sahaja. Bukan ada isu apa pun. Tun M hanya beri analogi bukannya menghina Nabi.
Yang menghairankan kita, Tun M langsung tak sentuh tentang bini Najib, Rosmah Mansor. Dia cakap hanya berkaitan Najib dalam hal politik. Jadi sepatutnya yang beri komen balas ialah Pejabat PM bukannya pembantu (aide) Rosmah.




Si Rizal ni apa jawatan dia yang sebenarnya? Kalau dia pembantu kepada Rosmah, mesti kerja dia tolong shopping ka, tolong buat jadual ka, tolong buka pintu kereta ka, tolong buat kopi ka dan bermacam benda yang sepatutnya macai..eh silap..Pegawai Khas buat. 

Dia ni siapa yang bayar gaji dia? 
Ini jawatan termasuk dalam civil service ka? 
Atau jawatan dalam Jabatan FLOM? 

Rizal yang kononnya nampak baik ini pun sebenarnya kaki kecoh juga. Dulu pernah bertindak kurang 'menyerang' program sidang media YB Rafizi Ramli yang memperlihatkan sikap tidak matang seorang pembantu khas isteri kepada Perdana Menteri. Mana adabnya?




Video pembantu Rosmah buat kecoh

Lihatlah perangai sebenar Rizal yang sesuka hati dia 'menyerang' orang lain. Ini ke perangai seorang pembantu khas isteri Perdana Menteri?

Seumur hidup, belum ada lagi isteri PM kita yang lalu ada pembantu khas jenis syok sendiri keluarkan bermacam kenyataan ikut suka dia.

Macam-macam kenyataan pulak yang dia keluarkan seolah-olah dia tu SUPOL. Tapi selalunya bunyinya macam cakap seorang badut.

Mungkin juga Rizal ni anggap diri dia lebih bijak daripada SUPOL, Pegawai Khas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said ataupun Pengarah Komunikasi Strategik BN Rahman Dahlan.

Kalau macam itu, lebih baik Najib rombak Kabinet, lantik si Rizal ni Menteri penuh. Mungkin boleh sahaja beri dia mengetuai Kementerian baru, Kementerian Hal Ehwal Pencacai.

Wednesday 25 September 2013

Tabik Spring Pada The Unspinners!!

Blog The Unspinners semalam keluarkan satu artikel menarik mengenai rangking terbaru blog pro kerajaan [sini]...yang bagus blog ini adalah info dan pandangan yang tak mengampu dan tak juga hentam kromo semacam je...dan aku nak bagi tabik spring sebabnya mereka tak dedahkan identiti yang aku rasa memang bukan mereka berblog untuk tarik perhatian atau dapatkan nama...

=======================================================================


Alahai .... takkan Unspinners nombor 2?



Baru terbaca Din Turtle tentang liga blogger yang diuruskan Warta Rakyat di SINI.



Kononnya The Unspinners sudah ditangga nombor 2. Seperti Din Turtle yang duduk di nombor 3 dan rasa begitu juga sikap Dr Novandri di nombor 1 dan APA di nombor 4, apa ke peduli ranking-ranking ini.



Cakap benar ... kami agak hairan bagaimana Unspinners boleh capai nombor 2. GAP (nombor 9) tu ... baru cecah page view 30 juta. Tahniah GAP!

Baca SINI.

Kalau tengok blog dia, Parpu (nombor 6), dan lain-lain otai bloggers, online dia orang main ratus sentiasa. Hairan kami.

Lebih hairan kami bila Media Permatang Pauh yang selalu dalam top-top 3 atau 4 tiba-tiba turun ke nombor 17.

Apalah kami berbanding seperti ulasan hebat blogger seperti Belantan (nombor 89), Gelombang Wangsa Maju (83), Pecah Pakar Melak (nombor 51), Sri Tri Buana, RBF (nombor 47), Satdthinks (nombor 94), Bigdog (nombor 55), Anotherbrick (nombor 50) dan lain-lain

Mana lagi berbanding blogger berani seperti Syed Akbar (nombor 7), Din Turtle, Papagomo (dah pencen), Flying Kick (nombor 8), Sangkakala (nombor 11), Double YY (nombor 10) dll. Mutakhir ini, ranking blogger berani yang naik mendadak dan bukan blogger yang "mengampu".

Yang cekap menarik perhatian dan angle menarik seperti Medan Info (nombor 20).

Kami tak peduli sangat ranking ni semua. Yang penting, message kita sampai dan diterima. Lagi penting, ia berjaya membawa perubahan kepada kebaikan dalam masyarakat, parti dan kerajaan serta mengubah salah faham yang ditimbulkan pembangkang hingga kembali beri undi.

Pada kami, syukur alhamdulillah, kami dapat perhatian.

Perhatian ini akan kami guna untuk naikkan orang lain sekali. Pandangan menarik orang lain, blog orang lain, dan apa saja.

Falsafah kami adalah untuk kerjasama naik menaikkan sesama kita, tak kira berbeza pendapat atau apa sekali perbezaan. Blogger beri kami link dan pasti kami link balik pada anda dengan beri muka depan.

Bagi yang tak mahu kasi link untuk Unspinners, itu pun kami tak ada hal. Kami linkkan balik di dalam folder lain mengikut senarai pro-BN atau mengikut negeri.

Cuma yang belah kanan adalah blog-blog yang sentiasa dalam pantauan kami, BN atau pembangkang.

Selain naik menaikkan sesama rakan tanpa kira geng mana, faction atau baiah kepimpinan masing-masing, kita perlu bantu cari bakat untuk dinaikkan.

Kita perlu perkuatkan Facebook dan Twitter. Perlu blogger Inggeris yang penting dari segi strategi tapi tak mencukupi dan kurang. Perlu baiki mutu dan ketajaman tulisan.

Perlu koordinasi dan keseragaman dan merangka strategi yang mantap! Kononnya ada pihak yang usahakan tapi nampaknya blogger tak dibawa masuk dan tak yang strategis tak dibawa sama.

Malah kami difahami orang yang tak faham blog dan tak ada latarbelakang media langsung yang mengetuai. Susah begini

Tengku Adnan Ngaruk di Prince Hotel?



Malam semalam di Prince Court Hotel 25/9 dan lepas magrib, Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan majlis untuk perkenalkan Dato AHmad Zahid Hamidi sebagai calun Naib Presiden UMNO.

Sebaik di perkenalkan, Dato Ahmad Zahid banggun bercakap. Uacapannya amat sedap dan berhemah sekali.

Dia hanya kata bukan dia saja bertanding tapi ada lima kawan-kawan lain. Disebut satu persatu Dato Hishamuddin, Dato Shafie, Dato Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, dan Dato Mukhriz.

"Semua ini adalah kawan-kawan kita," katanya.

Dia hanya meminta untuk dirinya tidak dilupakan apabila pemilihan. Dua yang lain itu pilihlah dari lima yang lain. Biasalah orang kempen diri sendiri.


Selepas itu, Tengku Adnan Mansor bangun berucap selaku Ketua Perhubungan UMNO WIlayah Persekutuan. Ku Nan juga adalah Setiausaha Agong UMNO.

Menurut mereka yang hadhir, ucapan Ku Nan agak pelik. Dia boleh marah ada ramai sangat bertanding jawatan Naib Presiden. Dia turut mengatakan PM hanya mahu tiga yang ada dikekalkan. 

Turut hadhir adalah Dato Syed Ali Alhabshi Cheras Bandar Tun Razak dan Dato Faridah Hasan Bandar Tun Razak.

Hairan pula... ada ke Majlis Tertinggi buat keputusan supaya tiga jawatan Naib tidak dipertandingkan?

Jawatankuasa politik pun tidak ada buat keputusan sedemikian. Tak tahu kenapa ada kata-kata demikian dari PM kerana tak ada pemimpin yang ada buat kenyataan supaya tiga jawatan tersebut tak dipertandingkan.

Sebelum ini, sudah dengar desas desus Ku Nan kata buat apa Tan Sri Isa nak tanding bila dia pernah digugurkan.

Betul ke salah untuk bertanding jawatan dalam UMNO? Kalau salah, sebutlah piha pengurusan atau PM kata tiga jawatan naib tak perlu dipertandingkan dalam usaha nak meremajakan UMNO dan membawa transformasi politik.

Ditakuti ini hanya Ku Nan jual nama PM. Kalau PM tak mahu Isa atau Mukhriz atau Ali tanding, pasti dia sudah suarakan dan orang ketahui. Setakat yang diketahui, ketiga-tiga ada memberitahu PM sebelum tanding dan PM hormati hak mereka nak tanding dan menawarkan diri.

Keadaan menjadi bising dan sorak dari yang hadhir hingga ada suara dari bawah yang bangun berkata, "Kalau malam ini untuk perkenalkan Dato Zahid, badan Perhubungan patut adakan majlis untuk perkenalkan kelima-lima calun Naib yang lain."

Ku Nan jawab, "Tak boleh, saya tak benarkan. Hanya untuk tiga Naib Presiden yang ada saja."

Keadaan menjadi hingar bingar.

Ku Nan tidak berhenti di situ. Dia turut mengkritik secara terbuka seorang bernama Sara yang membantu bekas Ketua Bahagian Seputih Dato Hisham Majid untuk tanding jawatan Ketua Bahagian Seputih.


Ini betul-betul pelik. Sorak dan bising terus menggegerkan.

Ku Nan naik marah lalu membuat amaran kepada penuntun yang ada. Katanya, "Saya kepala gxxxxxr"

Ini adalah sesuatu yang tak patut berlaku. Sebagai Setausaha AGong dia patut bebas dari menyokong mana-mana pihak. Ditambah lagi, dia juga terlibat dengan pemilihan.

Dikhuatiri bahawa calun-calun tidak akan dapat proses pemilehan yang adil. 

Harapnya Ku Nan menarik balik kata-kata dan jelaskan ini hanya ketelanjuran, Mintak maaf ... settle


Posted by The Unspinners  at 9/25/2013


PENGISYTIHARAN TERBUKA: SOKONG 2 CALON NAIB PRESIDEN INI UNTUK MENANG !

Blog GAP semalam secara terbuka menzahirkan sokongan kepada dua calon Naib Presiden UMNO iaitu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz..

Justeru, pendirian blog itu disambut juga blog ini, Tanjak Pusaka...untuk turut menyokong kedua-dua pemimpin berkenaan...tujuannya untuk meneruskan legasi pejuang dan pewaris bangsa demi survival parti yang membela agama, bangsa dan tanahair....


kedua-dua pemimpin ini wajib dipilih oleh ahli parti sewaktu pengundian nanti.

Mereka berdua adalah susuk yang mewakili gabungan 2 generasi berbeza namun cukup kuat pembawakan individunya..

aku menggesa seluruh perwakilan untuk MEMASTIKAN 2 CALON TERBAIK INI MENANG KERUSI NAIB PRESIDEN NANTI !






Naib Presiden Umno: Kenapa perlu ada pakatan?


Rupanya Datuk Seri Hisham dah tahu awal....heheehe.....













PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa beliau dan dua lagi rakan naib presiden akan bekerjasama rapat bagi mendepani cabaran pada pemilihan parti itu akan datang menimbulkan tanda-tanya.


Hal demikian itu timbul selepas beliau dan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam Umno.

Kenapa tiga orang calon naib Presiden Umno ini perlu ada pakatan seolah-olah menyekat calon lain mahu bertanding.Sehingga kini dua orang bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam dijangka turut bertanding.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga jika Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman tidak berminat.

Kenyataan Hishamuddin ini.seolah-olah memberi indikasi bahawa tiga calon ini direstui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jika ia benar, ia adalah tidak sihat kepada Umno yang tidak beri kebebasan kepada 146,000 perwakilan memilih Naib Presiden menurut selera mereka.

Kenapa kita mahu kembali kepada pemilihan 1975? Ketika itu Tun Razak menyebut tiga nama, Tun Ghafar Baba, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai naib presiden dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang menyebabkan perwakilan marah.

Kenapa Hishamuddin tak berani bertarung secara sendirian? Kenapa perlu berpakat dengan Zahid dan Shafie? Adakah kerana beliau sepupu Najib yang seolah-olah Najib merestui mereka bertiga terus kekal sebagai Naib Presiden Umno?

Najib sepatutnya membuat kenyataan supaya calon-calon yang bertanding tidak menjaja namanya untuk meraih undi.

Bagi saya, pertandingan ini biarlah terbuka kepada semua. Perwakilan hendaklah diberi peluang memilih tokoh terbaik sebagai Naib Presiden Umno dan bukannya menang kerana pasukan.

Oleh itu jangan buat pakatan seperti pasukan wawasan pada tahun 1993- Najib, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berjaya menyingkirkan dua penyandang jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid.

Turut baca: